Kuih bahulu rasa macam kek span?
Kuih bahulu ciplak dilabel sebagai kuih bahulu tradisional, pembeli ditipu dan diperbodohkan
Apakah kuih bahulu tradisional dan yang ada di pasaran sekarang rasanya sama? Tentu tidak sama sekali. Bagi pembeli yang peka dan mempunyai citarasa tinggi terhadap rasa sebenar kuih tradisional ini, pasti mengetahui ‘originality’ kuih ini. Kuih bahulu yang menggunakan 3 bahan utama iaitu tepung, gula dan telur ini adalah kuih tradsional yang paling mudah dihasilkan. Jadi apakah yang menyebabkan kualitinya berbeza-beza bagi setiap pembekal bahulu? Hal ini kerana, pembekal telah menambahkan bahan yang tidak diperlukan ke dalam kuih tradisonal Melayu ini.Tiga bahan utama kini menjadi enam bahan utama apabila bahan pelembut, pengawet dan penaik ditambah untuk mencantikkan dan memastikan ia tahan lama. Tindakan ini tidak salah, tetapi pembeli berhak mengetahui bahan yang dimasukkan ke dalam makanan ini. Pembekal perlu jujur dan mempamerkan bahan yang digunakan pada label pembungkusan. Ini adalah penting supaya pembeli dapat memastikan kuih yang dibeli segar, mempunyai rasa kuih bahulu yang sebenar serta tidak mengandungi bahan pengawet yang boleh merosakkan sistem tubuh badan. Pembekal harus sedar bahawa pengguna kini semakin bijak memlilih sumber makanan.





